![]() |
Logo SK Convent |
Lencana Sekolah
Perisai yang di atasnya terletak bintang emas dikelilingi oleh sekalung bunga marguerrit dengan cogan kata asal sekolah-sekolah convent “simple in virtue, steadfast in duty” diterjemah dalam bahasa melayu “ tulus dengan fadilah, azam dengan bakti ”. Bintang ini melambangkan satu cahaya gemilang yang memandu ke jalan yang benar berdasarkan lima prinsip rukun negara. Kalungan bunga marguerite adalah lambang kesucian dan kejujuran terhadap Tuhan, jiran tetangga dan diri kita sendiri. Bahagian tengah lencana berwarna merah dan satu jaluran perak, bertepikan emas. Warna merah melambangkan kasih tuhan yang menyelumbungi seluruh alam.
Di sebelah kanan ialah kitab suci bagi semua agama. Kitab suci menjadi prinsip yang memandu penganut-penganutnya dalam kepercayaan mereka kepada Tuhan. Manik-manik yang terdapat pada lencana itu mengingatkan kita bahawa tugas kita yang pertama ialah menyembah Tuhan dengan cara-cara yang ditentunkan oleh agama masing-masing. Disebelah kiri ialah tiang rahat dan gelendung. Ini adalah lambang kerja yang dilakukan.
Tiap - tiap seorang daripada kita mempunyai peranan yang patut dimainkan secara intelek atau dengan menggunakan tulang empat kerat di dalam suatu kerja kreatif iaitu membina sebuah dunia yang harmoni. Pada keseluruhannya lencana antarbangsa sekolah adalah lambang kemuliaan. Ini menunjukkan semua penuntut convent di seluruh dunia perlu meneruskan tradisi kebajikan yang telah dipelopori oleh orang-orang sebelum mereka.
Bersama azam dan bakti
Menambah kesucian hati
Puteri convent sejati
Semua guru sentiasa berjasa
Membimbing puteri negara
Supaya puteri akan berjaya
Untuk nusa dan bangsa
Puteri – puteri tekun dan cergas
Ilmulah dicari
Puteri – puteri tulus ikhlas
Tuhankan berkati
Lagu Sekolah
Cogan kata tulus dengan fadilahBersama azam dan bakti
Menambah kesucian hati
Puteri convent sejati
Semua guru sentiasa berjasa
Membimbing puteri negara
Supaya puteri akan berjaya
Untuk nusa dan bangsa
Puteri – puteri tekun dan cergas
Ilmulah dicari
Puteri – puteri tulus ikhlas
Tuhankan berkati